PROGRAM SEMARAK MERDEKA KELUARGA MALAYSIA BERSAMA PENDUDUK PARLIMEN PADANG BESAR, PERLIS

Sempena bulan kemerdekaan, satu program kolaborasi antara Majlis Kelamatan Negara Negeri Perlis, BPD SUK, SMK Guar Nangka dan PDRM telah dijayakan di SMK Guar Nangka, Chuping pada 27 Ogos 2022 yang lalu. Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan sepak penalti, peraduan mewarna dan kucai bubur asyura.

Lebih 400 penduduk berbilang kaum di Parlimen Padang Besar hadir untuk memeriahkan program yang telah dirancang. Turut hadir ke Program Semarak Merdeka ini, YB Puan Siti Berenee Yahaya, Exco Kerajaan Negeri Perlis yang juga ADUN Mata Ayer.

Semoga program ini dapat membina jaringan kerjasama dan hubungan baik dengan segenap lapisan masyarakat setempat. Penglibatan pelbagai pihak merentasi pelbagai kaum seperti yang ditunjukkan oleh para tetamu yang hadir adalah selari dengan tema Sambutan Kemerdekaan 2022 : Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …