KESIHATAN : GAYA HIDUP MASYARAKAT DAHULU, APA PENGAJARANNYA?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Kesihatan)

Artikel ini diolah melalui penulisan Meera Murugesan dari New Straits Times pada 30 Ogos 2022. Penulis mengimbau kehidupan masyarakat sebelum merdeka sehingga lewat tahun 60-an.

Masyarakat dahulu kebanyakannya tinggal di rumah berdindingkan kayu dan memakan dari hasil tanaman sendiri. Sayur dan buah-buahan adalah organik yang hanya perlu dipetik dari rumah serta boleh berulang kali makan. Sumber makanan dari daging pula adalah mahal. Sumber protein selalunya diambil dari ikan atau telur ayam.

Masyarakat dahulu pergi ke sekolah atau ke tempat lain dengan berjalan kaki dan berjalan kaki adalah perkara rutin dan tidak janggal kerana memiliki sebuah kereta pada ketika itu adalah di luar kemampuan malah mungkin tiada sesiapa yang memiliki kereta pada ketika itu.

Banyak pengajaran dari cara hidup masyarakat dahulu di mana obesiti, diabetes, penyakit jantung adalah jarang berlaku yang boleh diambil iktibar bagi generasi sekarang.

 

JALAN, JALAN, JALAN

Kebanyakan masyarakat hari ini memiliki sekurang-kurangnya satu kereta atau lebih. Memandu adalah biasa walaupun untuk ke kampung sebelah. Manakala masyarakat dahulu hanya berjalan atau sekurang-kurangnya berbasikal apabila kemampuan untuk membeli kereta adalah rendah.

Jadi, sukar untuk melihat masyarakat yang obes atau ‘overweight’ pada awal 50 – 60 an.

 

DAGING SESUATU YANG MEWAH

Gaya hidup yang berubah menyebabkan cara makan juga berubah. Masyarakat dahulu sukar untuk menikmati hidngan daging disebabkan sumber makanan dari daging adalah mewah bagi orang-orang kebanyakan. Kebanyakan sumber makanan dahulu adalah dari sumber tumbuhan atau ikan.

Sekarang, daging mudah didapati di mana-mana hatta pada hidangan nasi lemak semasa bersarapan seawal pagi. Jadi tidak mustahil 4 daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai rekod kolestrol yang tinggi berikutan gaya hidup yang tidak seimbang ini.

 

TABIAT MAKAN MANIS

Diabetes kini adalah penyakit yang sering berlaku bermula dari usia yang muda. Pencuci mulut, manisan dan minuman tidak lagi dihidangkan pada majlis-majlis tertentu sahaja seperti zaman dahulu tetapi boleh didapati pada setiap masa. Maka tidak hairanlah 1 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai risiko untuk menghidap diabetes.

 

TAPAU MAKANAN

Makan di luar seperti restoran tidaklah menjadi kebiasaan masyarakat dahulu apabila hanya orang berada sahaja mampu melakukannya. Masyarakat kini pula bebas memakan apa sahaja dengan pelbagai gerai jualan tersedia sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi dalam hidangan makanan sekarang menyebabkan obesiti bermula dari zaman kanak-kanak.

 

KEPENTINGAN MINDA

Walaupun kesedaran kesihatan mental sangat kurang pada zaman dahulu namun stres, depresi serta keresahan bukanlah cabaran dalam kehidupan seharian mereka. Hidup mereka berjalan dengan perlahan namun masyarakat dahulu mempunyai daya tahan yang tinggi dengan perubahan sekeliling terutamanya mereka yang pernah hidup di zaman peperangan yang terpaksa bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan. Kini, kesedaran kesihatan mental sangat tinggi namun kesihatan mental itu sendiri masih di tahap yang rendah.

Akhir bacaan, penulis menyatakan bahawa kehidupan yang dijalani oleh nenek moyang kita dahulu adalah kehidupan yang baik, seimbang dengan mengurangkan pengharapan, menerima perkara yang hanya perlu untuk kehidupan mereka.

 

Sumber rujukan:

Akhbar New Straits Times

 

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut