JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH DI MUARA KUALA SUNGAI PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang disemarakkan lagi dengan perarakan bot-bot nelayan.

Program Kibarkan Jalur Gemilang yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang baik dan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat patriotisme dan cintakan negara tanpa mengira latar belakang komuniti setempat. Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman kepada Ridzuan Hashim di muara Kuala Sungai Pinang menjadi simbolik perarakan bot tersebut.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Sungai Pinang Ridzuan Hashim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Barat Daya kerana menganjurkan program sebegini.

 

Sumber : MALAYSIA AKTIF

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …