ANUGERAH MERDEKA 2022: MANUSKRIP MELAYU DI PERPUSTAKAAN BRITISH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Budaya Digital Malaysia)

Sempena ulang tahun ke-15 ‘Merdeka Award Trust’ (MAT), enam penerima terdiri daripada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada negara menerima Anugerah Merdeka 2022 pada 19 Ogos 2022 yang lalu. Anugerah Merdeka yang ditubuhkan pada 2007 oleh Petronas, Shell dan ExxonMobil bertujuan mengangkat rakyat Malaysia ke tahap lebih tinggi selain mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu serta organisasi cemerlang menerusi hasil kerja dan pencapaian mereka yang menyumbang kepada pertumbuhan negara, malah memberi inspirasi kepada rakyat negara ini.

Tahun ini, sebanyak enam kategori disenaraikan MAT iaitu Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Pencapaian Ilmiah Cemerlang; Kesihatan, Sains dan Teknologi; Sumbangan Cemerlang Buat Rakyat Malaysia dan kategori baharu yang diperkenalkan iaitu Anugerah Harapan Merdeka yang mengiktiraf usaha rakyat Malaysia berusia 40 tahun dan ke bawah atau organisasi yang ditubuhkan kurang daripada 10 tahun.

Penerima anugerah Sumbangan Cemerlang Buat Rakyat Malaysia, Datuk Dr Annabel Teh Gallop, merupakan Ketua Kurator Koleksi Asia Tenggara, Perpustakaan British. Datuk Dr Annabel yang berdarah kacukan Cina-British ini adalah tulang belakang dalam usaha pendigitalan manuskrip Melayu yang berada dalam simpanan perpustakaan itu. Demi usaha memartabatkan karya manuskrip lama, beliau telah menghabiskan separuh umurnya untuk mendalami budaya, sejarah dan tradisi Asia Tenggara terutamanya budaya Melayu dan Indonesia.

Manuskrip Melayu lama yang kebanyakannya jarang dijumpai, usang dan sukar diperoleh telah diterjemahkan ke dalam bentuk digital oleh pihak beliau. Setakat ini 120 manuskrip Melayu dapat diakses oleh pelbagai komuniti dunia dengan hanya melayari laman sesawang ‘Bristish Library’ iaitu https://blogs.bl.uk/asian-and-african/malay.html.

Usaha Datuk Dr Annabel ini seharusnya dipuji dan diraikan apabila hasil warisan budaya Melayu diangkat tinggi oleh seseorang yang bukan berdarah Melayu. Seharusnya, anak jati bangsa Melayu berbangga dengan kecintaan bangsa Eropah yang menghargai warisan seni budaya Melayu Asia Tenggara dan memupuk semangat untuk bersama-sama mempelajari tinggalan warisan budaya melalui kemudahan teknologi yang dibangunkan oleh pasukan Datuk Dr Annabel melalui ‘British Library’. Tahniah kepada penerima Anugerah Merdeka 2022 serta Pertronas dan Shell yang masih meneruskan pengiktirafan ini saban tahun.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/944757/anugerah-merdeka-angkat-rakyat-malaysia-ke-tahap-lebih-tinggi

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anugerah-merdeka-15-tahun-meraikan-sumbangan-cemerlang-buat-malaysia-377330

Preserving Malay History (29 August 2022). New Straits Times. Page 20-21

Artikel/Berita Terkini

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut

KASTAM RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK RM1.59 JUTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai RM1.593 juta di pelabuhan …
Maklumat Lanjut