AKTIVITI PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 (PPKHT 2004)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (PKDTL) telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) di sebuah Restoran Nasi Kandar di Lebuh Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang pada 25 Ogos 2022. Seramai 12 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) telah terlibat di dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut, Pegawai berkuasa telah mendapati seorang lelaki sedang merokok di restoran tersebut. Pegawai berkuasa telah memperkenalkan diri dan menerangkan kepada beliau bahawa merokok di premis makanan adalah merupakan satu (1) kesalahan di bawah peraturan PPKHT 2004.

Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan enggan memberi kerjasama kepada Pegawai Berkuasa. Pegawai berkuasa telah menghubungi pihak polis yang berdekatan mendapatkan bantuan dan lelaki berkenaan telah dibawa oleh pihak polis ke Balai Polis untuk siasatan lanjut.

Sumber : JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika …

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …