?????? ????????? ???????? ????? ??????? ?????? (??????) ??? ?????????? ??????? ???????? ?????? ????? ????

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (PKDTL) telah mengadakan kursus pengukuhan (refresher course) bagi sukarelawan-sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) di daerah Timur Laut pada hari Sabtu, 27 Ogos 2022 bertempat di Auditorium F, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang.

Antara sukarelawan KOSPEN yang terlibat adalah dari lokaliti Pangsapuri Pelangi, Kampung Melayu Air Itam, Kampung Baru Air Itam, Mutiara Idaman 2, Jalan Burmah Tengah, dan lain-lain lagi.

Para sukarelawan telah didedahkan semula dengan pengetahuan mengenai penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, hiperkolesterol, penyakit pergigian dan lain-lain lagi. Selain itu, sesi praktikal juga dijalankan seperti tatacara pengukuran indeks jisim badan (BMI), tekanan darah dan tahap gula dalam darah yang betul.

Artikel/Berita Terkini

PENYELUDUPAN TERNAKAN JEJAS KESELAMATAN MAKANAN – SULTAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Penyeludupan haiwan ternakan tanpa saringan kesihatan dan sijil pengesahan bebas penyakit akan memberi kesan kepada keselamatan makanan. Sultan …
Maklumat Lanjut

TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan …
Maklumat Lanjut

KASTAM RAMPAS MINUMAN KERAS, ROKOK RM1.59 JUTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai RM1.593 juta di pelabuhan …
Maklumat Lanjut