KIBARAN JALUR GEMILANG PADA BOT PENAMBANG DI TERENGGANU #SemarakkanMerdekaKita


KUALA TERENGGANU, 29 OGOS 2022


Pengusaha-pengusaha bot penambang di Kuala Terengganu turut serta dalam mengibarkan Jalur Gemilang pada program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang Merdeka Terengganu sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022 di Muara Sungai Terengganu dekat Kampung Seberang Takir pada 26 Ogos 2022 yang lalu. Sebanyak 12 bot penambang yang dihiasi Jalur Gemilang mengambil bahagian dengan menyusuri Sungai Terengganu, melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Syahbandar, Pulau Duyong, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam, bagi memeriahkan sambutan yang akan disambut pada 31 Ogos 2022 ini.

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada kali ini amat ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat kerana dalam tempoh pandemik Covid-19 acara seperti ini tidak dibenarkan . Melalu program seperti ini ia akan terus terpahat dalam ingatan orang ramai  dan akan terus mengekalkan kibaran Jalur Gemilang atas bot yang menjadi ikon pengangkutan air di Terengganu itu.

Pada acara kali ini, bot-bot akan mula berarak dari Jeti Nelayan Seberang Takir menyusuri beberapa kawasan tarikan pelancongan antaranya Jambatan Angkat Terengganu, Pulau Warisan, Pasar Payang, Jambatan Sultan Mahmud, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Sekati dan Pulau Duyong. Suasana lebih meriah apabila peserta memakai baju Melayu lengkap bertanjak dan bersampin meniup alat tradisional, tetuang yang diperbuat daripada tanduk kerbau yang menjadi simbolik kegunaan nelayan dahulu kala.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …