OPERASI BERSEPADU KPDNHEP CAWANGAN KUALA KRAI BERSAMA JPJ, KELANTAN

 

KUALA KRAI 20 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Kuala Krai telah menjalankan Ops Lejang bersama Jabatan Pengangkutan Jalan di Sekatan Jalan Raya, Stesen Penguat Kuasa JPJ Laloh, Kuala Krai Kelantan disini hari ini.
Operasi bersepadu ini dijalankan melibatkan pemeriksaan barang kawalan berjadual dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta yang dikuatkuasakan KPDNHEP dan lain-lain perundangan dibawah agensi.
Turut diadakan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan yang melalui SJR semasa operasi dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Perhutanan, Laloh.
KPDNHEP Cawangan Kuala Krai sentiasa bekerjasama dengan semua agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan Pegawai Penguat Kuasa dalam membanteras ketirisan barang kawalan di pintu masuk antara negeri.
Keadaan di SJR mendapati kenderaan yang menghala keluar masuk ke Negeri Kelantan melalui Gua Musang dan pemeriksaan tahan secara fokus kepada kenderaan perdagangan yang mencurigakan telah dijalankan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …