PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA, SEPAKAT DAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DILANCARKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Pengurusan Sistem Pendidikan Kebangsaan Secara Menyeluruh)

Pada 18 Ogos 2022 (Khamis) telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera, Sepakat & Selamat Dan Pelancaran Portal Aduan Buli Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kailan, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Pelancaran program di peringkat Kebangsaan turut diadakan serentak pada tarikh berkenaan dan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan dan YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah persembahan oleh Unit K9 PDRM dan pameran-pameran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal. Turut hadir menyerikan program ialah YDH ACP Mohd Radzi bin Ahmad, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara dan YBrs Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sumber rujukan : IPD SPU

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …