JPJ PULAU PINANG: OPS KHAS ULAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Operasi bersama Unit Siasatan JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan Ops Ulat iaitu melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Swettemham Pier Cruise Terminal ( SPCT ) dan Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sebanyak 5 buah kenderaan persendirian telah dikenakan tindakan dibawah Seksyen 23(2) APJ 1987 iaitu Salahguna LKM, Kenderaan persendirian ambil penumpang. Kebanyakan penumpang yang diambil adalah pelancong warganegara luar dengan dikenakan kadar bayaran mengikut destinasi dituju.

Kepada orang awam yang ingin menggunakan perkhidmatan kenderaan adalah dinasihat menggunakan pengangkutan awam yang sah dan berlesen supaya perjalanan anda lancar dan selamat ke destinasi dituju. Tindakan penguatkuasaan berterusan akan terus dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram.

 

Sumber : FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …