DELEGASI EU BERMINAT SERTAI SEKTOR KEWANGAN ANTARABANGSA, PEMBANGUNAN PELABUHAN LABUAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia berminat untuk menyertai sektor perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan. Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata beliau telah diberikan taklimat mengenai pelbagai perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) untuk membolehkan penggiat industri Eropah membuat pelaburan. Antara produk yang menarik perhatian beliau ialah insurans kaptif dan maklumat mengenai produk ini akan dikongsinya dengan penggiat industri Eropah sebagai pelaburan berpotensi. Rokas juga berkata penggiat industri EU turut berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan penggiat industri tempatan berhubung cadangan pembinaan projek Pelabuhan Bersepadu Labuan. Tambah beliau, terdapat penggiat industri EU yang mempunyai kepakaran dan pengalaman meluas dalam projek pembangunan pembinaan pelabuhan dan pelabuhan bio.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …