SEREMBAN CYCLO TOURISM PERINTIS KEPADA TREN KOMUTER RIDE & RIDE PERTAMA DI MALAYSIA

SEREMBAN – Seremban Cyclo Tourism perintis kepada promosi tren komuter Ride & Ride pertama di Malaysia. Seramai 75 peserta telah diberi peluang untuk merasai pengalaman tren komuter ride & ride yang diadakan hari ini.

Menurut Datuk Bandar,Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri bin Haji Razali berkata, program ini julung-julung kalinya diadakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban dan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

“Daerah Seremban terkenal dikalangan riders-riders sebagai destinasi pelancongan berbasikal. Saban minggu ribuan peminat basikal akan berbasikal di sekitar laluan di daerah ini. Sehubungan itu, pihak MBS dan KTMB bersama-sama mempromosikan Tren Komuter Ride & Ride bagi menarik pelancong berbasikal daripada Lembah Klang dan seluruh Malaysia.  Caj basikal percuma juga dikenakan bermula 6 Ogos yang lalu sehingga tarikh dimaklumkan kelak.”

Beliau yang ditemui di Majlis Pelancaran Seremban Cyclo Tourism @ Terokai Seremban dengan basikal baru-baru ini. Hadir sama di dalam program tersebut Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain bin Mat Taha dan Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Mas Midyawan bin Yahya.

Jelasnya lagi, bagi program Seremban Cyclo Tourism yang diadakan ini membawa peserta menerokai keunikkan daerah Seremban di laluan-laluan basikal yang menarik.

“Para peserta akan melalui laluan sejauh 43.75 kilometer melalui lokasi pelancongan yang menarik seperti Lorong Seni Seremban, Jalan Temiang – Pantai, Lenggeng dan Sg.Mahang. Mereka akan menikmati keindahan di sepanjang laluan ini dengan keunikkan bangunan warisan dan kebudayaan di sepanjang laluan ini” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Pesona Seremban

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut

PENYU PORT DICKSON PULANG BERTELUR, ORANG RAMAI JANGAN BUAT KACAU GANGGU

Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok di sini pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar …
Maklumat Lanjut