MAJLIS SAMBUTAN HARI BERSAMA KOMUNITI (PEDi)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4 : TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Teknologi Maklumat)

Majlis Sambutan Hari Bersama Komuniti, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah diadakan pada 15 Ogos 2022 di Taman Prestij II, Kuala Jalan Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penghulu Daerah Barat Daya, Khalid Zakaria, merangkap Pengerusi PEDi.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini telah mengaktifkan sebanyak 600 PEDi di seluruh negara sebagai One Stop Centre (OSC). Program ini membantu usahawan mikro tempatan mengadaptasi teknologi digital dan memperkasa perniagaan mereka melalui inisiatif Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).

Antara peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti dalam menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Ia dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti setempat dan dapat memudahkan segala urusan harian dengan pantas dan menjimatkan kos serta masa.

Sumber : MALAYSIA AKTIF

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …