DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi perubahan musim kemarau di negara ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata selepas berakhirnya Monsun Timur Laut, lazimnya musim kemarau akan melanda antara Mei hingga September dan ketika itu persediaan dilakukan sepenuhnya.
Menurutnya, September makin hampir dan walaupun perubahan cuaca pula menentu, langkah kesiapsiagaan tetap dilakukan. Mohammad Hamdan berkata, dalam keadaan sekarang, pihaknya sedang melakukan pemantauan cuaca dan mendapatkan informasi dari agensi berkaitan dalam kesiapsiagaan menghadapi musim kemarau.
JBPM juga, katanya, sudah mengenal pasti lokasi panas di beberapa negeri, iaitu Selangor, Johor, Pahang, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta sudah merangka dan siapsiaga dari aset pemadaman kebakaran di titik panas tertentu. Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 yang berlangsung pada 15 Ogos 2022 di Alor Setar, Kedah.
Sumber:



