PENSTRUKTURAN SEMULA PENTERNAKAN KERANG MAMPU JANA PENDAPATAN LUMAYAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7 : PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kapasiti & Kompetensi Nasional)

Kerajaan Negeri bersama-sama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berhasrat menyusun semula sektor penternakan kerang di Pulau Pinang dalam menjana hasil yang lebih lumayan. Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa inisiatif berkaitan sebagaimana laporan pelaksanaannya di Kuala Lekir, Perak mampu mendatangkan hasil yang lebih baik berbanding kaedah tradisional.

Usaha ini sudah dimulakan di daerah SPU (Seberang Perai Utara) yang mana tapak-tapak yang disediakan akan diberikan TOL (Lesen Pendudukan Sementara) dan setiap satu tapak bakal melibatkan lapan pengusaha. Satu tapak kebiasaannya adalah seluas 21 hektar, dan para pengusaha akan berkongsi hasil daripada tapak-tapak berkenaan. Malah sebagai usaha berterusan, lawatan ke Kuala Lekir sudah disempurnakan dan begitu juga taklimat-taklimat kepada para pemohon di SPU, SPT (Seberang Perai Tengah) dan SPS (Seberang Perai Selatan).

Mengulas lanjut, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap penstrukturan sektor penternakan kerang bakal membuka satu lembaran baharu kepada para nelayan dan pihak-pihak yang berkecimpung dalam bidang tersebut. Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Norlela Ariffin giat menggalakkan penternakan kerang ini yang mana menurutnya ia mampu meningkatkan taraf pendapatan nelayan kerana hasilnya adalah amat lumayan, ulasnya yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …