POLIS PULAU PINANG TAHAN EMPAT LELAKI BANTU SIASATAN KES PUKUL BAPA DAN ANAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Empat lelaki telah ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya dan dibantu oleh anggota bahagian D7 Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau.

Berdasarkan laporan yang diterima, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa di mana suspek telah datang ke rumahnya untuk meminta hutang dan berlaku pertengkaran mulut sehingga suspek bertindak menampar muka mangsa.

Semasa mangsa cuba menghubungi talian kecemasan 999, telah datang lebih kurang (10) lelaki dan terus memukul mangsa dan bapanya menggunakan beberapa senjata iaitu kayu, topi keledar dan kerusi besi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber : FB Rasmi IPD BARAT DAYA dan Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …