MENTERI KERJA RAYA SETUJU BAIKI SEGERA JALAN JELI-DABONG

 

KUALA KRAI – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof bersetuju dan meluluskan segera permohonan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latif Abdul Rahman untuk membaiki beberapa lokasi jalan di Dabong yang rosak dan membahayakan pengguna.
YB Abdul Latif menyifatkan hal tersebut satu berita gembira untuk rakyat Dabong dan kawasan sekitar.
Katanya, Dato’ Sri Fadillah bersama rombongan yang terdiri daripada pegawai kanan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi berkaitan sempat melihat dan melalui sendiri jalan FT066 khususnya jalan Jeli-Jelawang- Dabong.
“Terima kasih kepada Dato’ Sri Fadillah dan rombongan yang bertindak segera turun padang untuk meninjau keadaan jalan raya di Dabong sebaik sahaja permohonan dibuat,” ujarnya.
Beliau bersyukur kerana berbaloi beliau menolak pemilihan untuk menyertai lawatan kerja rasmi Parlimen Malaysia ke India iaitu Delegasi Asean Inter-Parliamentary Association (AIPA) yang dijadualkan bermula 10 Ogos hingga 14 Ogos 2022 apabila diberitahu Menteri Kanan Kerja Raya mahu turun ke Kuala Krai dalam program FT Roadpedia KKR.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …