SEMINAR PERADABAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI TIMUR TENGAH 2022 (SPEKTRUM ’22)]

 

Kaherah, 16 Muharram 1444/14 Ogos 2022 – Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menyampaikan amanat sempena Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan di Timur Tengah 2022 (SPEKTRUM’22) pada hari pertama, anjuran Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah yang diadakan di Dewan Jewel’s Sport City, Zahra’.
Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu yang mampu membangun diri dan menggerakkan aktiviti harian selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. Maka, sangat besar harapan kepada para pelajar yang menuntut ilmu di bumi Mesir sebagai mata rantai perjuangan bagi memperkukuh dasar Membangun Bersama Islam.
Semoga pulang nanti para pelajar akan menjadi penggerak kepada pembangunan ummah, melahirkan masyarakat cintakan Islam sebagai cara hidup seterusnya menjadikan Kelantan kekal sebagai sebuah negeri yang ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam.
Pada hari yang sama telah dibentangkan slot 1 yang bertema “Pewaris Kerajaan Negeri yang Rabbani dan Muthaqqaf” yang disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan.
Turut hadir bersama YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Tuan Yang Terutama Zamani bin Ismail, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …