PEMILIK PREMIS PROSES HAMPAS KELAPA SAWIT DIKOMPAUN RM40,000 OLEH JAS PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pemilik premis memproses hampas kelapa sawit yang membenarkan pembakaran terbuka di Jalan Changkat Mukim 11, Nibong Tebal dikenakan 20 kompaun bernilai RM40,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.

Pembakaran terbuka di tanah seluas 0.8 hektar itu sudah bermula sejak 12 tengah hari (12 Ogos 2022) namun hanya dimaklumkan kepada pihak bomba pada 3.53 petang (13 Ogos 2022) selepas keadaan tidak dapat dikawal.

JAS telah pergi ke lapangan bagi menjalankan siasatan ke atas premis, mengawasi kualiti udara serta penerbangan dron untuk pengesanan dan pemetaan titik panas bagi membantu usaha pemadaman oleh bomba. Kerja-kerja pemadaman serta pencegahan untuk mengelakkan kebakaran itu merebak lebih jauh seperti membuat pemecah api masih dijalankan dan situasi kini dalam keadaan terkawal.

JAS turut memaklumkan pemantauan Indeks Kualiti Udara Seberang Perai menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat sehingga 95 namun ia beransur turun kepada 85 setakat jam 6 petang selepas usaha pemadaman dilakukan.

Sumber : HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …