EVOLUSI TEKNOLOGI KOMUNIKASI MUDAH ALIH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Akses Digital)

Teknologi komunikasi telah berevolusi, bermula dengan teknologi 1G dan 2G yang membolehkan perkhidmatan suara dan pesanan ringkas (SMS dan MMS) dinikmati semua. Kemudian beralih ke rangkaian 4G di mana ia menawarkan perkhidmatan yang pantas seperti kelajuan muat turun, laman web segera dan strim video dan muzik yang lebih lancar serta menggalakkan pertumbuhan aplikasi.

Kini, Malaysia beralih ke teknologi 5G yang merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G. 5G mempunyai lebih keupayaan untuk mengubah bidang dan fungsi teknologi mudah alih negara kepada sesuatu yang lebih maju dan canggih.

Selain internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G, pengaplikasian teknologi 5G juga mempunyai kadar lengahan (latency) rendah serta berupaya menghubungkan lebih satu juta peranti bagi setiap 1 kilometer (km) persegi.

Dengan kelajuan mencecah 1.5GB sesaat, teknologi 5G yang mempunyai lebih banyak keupayaan, akan melancarkan kualiti komunikasi, teknologi, penghantaran data, kajian dan hiburan di skala global serta gaya hidup lebih maju. Muat turun filem pada kualiti HD misalnya, hanya akan mengambil masa beberapa saat berbanding 4G disebabkan kebanyakan rangkaian 5G dibina pada gelombang udara frekuensi tinggi atau spektrum jalur tinggi.

Malah, kadar lengahan rendah sekitar 1 milisaat berbanding 20 milisaat sebelum ini, akan mengurangkan isu sela masa ketika penyambungan antara peranti. Ia sekali gus membolehkan aktiviti yang memerlukan banyak data, tidak mengalami penangguhan data seperti sering dikaitkan dengan teknologi sebelum ini.

 

Sumber rujukan:

Laman Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut