USAH TERPEDAYA JIKA DITAWARKAN PAKEJ HAJI TAHUN 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pihak, organisasi atau individu yang cuba memperdaya orang ramai berkaitan tawaran atau pakej haji.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak mempercayai sebarang mesej atau panggilan berkaitan tawaran dilakukan selain pengumuman rasmi daripada pihak kementerian atau Tabung Haji.

Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas. Untuk aduan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Dikongsikan tips dan nasihat dalam menggelakkan diri menjadi mangsa Maca Scam menerusi panggilan telefon:

  1. Jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali;
  2. Beritahu pasangan, ahli keluarga atau rakan;
  3. Semak dengan balai polis, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan; dan
  4. Jangan dedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak.

Sumber rujukan:

Laman Facebook Rasmi Lembaga Tabung Haji

Laman Facebook KPDNHEP Laman Rasmi

 

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …