OPS SAMAR : KPDNHEP KELANTAN JALANKAN SIASATAN SEGERA HARGA COLEK MELAMBUNG DI PCB, KELANTAN

 

KOTA BHARU 12 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Samar di sekitar premis perniagaan sekitar pusat pelancongan utama lokasi Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan disini petang tadi.
Pemantauan dan pemeriksaan mengejut segera telah dilakukan dengan membuat penyamaran preman sebagai pengguna dan pelancong dilaksanakan dalam operasi ini.
Operasi telah dijalankan dengan membuat pemeriksaan menyeluruh dibawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Pelindungan Pengguna 1999 keatas semua 20 premis jualan di lokasi yang diadukan tersebut.
Hasil operasi yang dijalankan, telah mengambil dua tindakan kes berkaitan peniaga gagal dan tidak mempamerkan tanda harga terhadap barangan yang dijual dikenakan tindakan kompaun serta merta.
Selain itu sebanyak 8 Notis Seksyen 21 dibawah AKHAP 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mengenakan harga yang tinggi dan diarahkan untuk mengemukakan kembali maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan KPDNHEP.
KPDNHEP Kelantan memberikan amaran kepada semua peniaga supaya sentiasa meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual, bagi mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …