TAMAN AWAM BUKIT GEDOMBAK 76 PERATUS SIAP

 

PASIR PUTEH – Laporan kerja fizikal Taman Awam Bukit Gedombak 76 peratus siap yang dikemaskini sehingga tarikh 26 Julai.
Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Nik Nur Nabihah Nik Mahind berkata projek bernilai RM6.57 juta di bawah seliaan Jabatan Landskap Negara (JLN) tersebut bermula pada 28 Oktober 2020.
Katanya, kerja-kerja perparitan dan landskap lembut (softscape) sedang berjalan di tapak projek.
“Antara komponen yang dibangunkan ialah landskap kejur (hardscape), landskap lembut (softscape), tandas, surau, gerai, pondok pengawal, gazebo dan beberapa kemudahan lain yang disediakan kepada pengunjung nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Berhubung perkara yang sama, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yasin memaklumkan Taman awam berkeluasan 23 ekar itu bakal menjadi satu-satunya taman bandar di jajahan Pasir Puteh.
“Taman ini akan menjadi tempat rekreasi keluarga dan beriadah kepada orang ramai, khususnya penduduk setempat,” katanya ketika ditemui pada 7 Julai lalu di pejabatnya.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …