OPERASI KHAS ROADWORTHINESS KENDERAAN PERDAGANGAN

PEMANDU JALAN RAYA PERLU UTAMAKAN KESELAMATAN SEKELILING

KUALA LUMPUR, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melancarkan Operasi Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Isnin.

Operasi berkenaan untuk menilai dan memastikan tahap penyelenggaraan teknikal kenderaan dapat mencapai jaminan keselamatan tinggi untuk keselamatan semua pengguna jalan raya selain memastikan semua pemandu bebas daripada penyalahgunaan dadah.

AADK juga sentiasa memberi pendekatan atau kesedaran tentang penyalahgunaan dadah kepada pengguna jalan raya melalui platform media sosial dan juga Sistem Pemesejan Berubah (VMS) di seluruh lebuh raya dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Op yang dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Zailani Hashim itu telah melibatkan seramai 44 anggota AADK termasuk JPJ dalam melakukan pemeriksaan ujian saringan air kencing pemandu selain pemeriksaan lesen memandu dan lesen kenderaan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli; Penolong Pengarah (Operasi) AADK, Muhammad Farid Mohd Zaki; Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) AADK Kuala Lumpur, Mohamad Hanif Omar.

Hamzah Zainudin

Dato’ Ismail Bin Mohamed Said

Jonathan Yasin

Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz

Sutekno Ahmadbelon

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

AADK Wilayah Persekutuan

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#TakPerluStimGuys

#KeluargaMalaysia

#KitaDemiNegara

#KDN_TogetherWeAreOne

Sumber : AADK WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …