OPERASI PENGUATKUASAAN ANTI LITTER

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah menjalankan satu Operasi penguatkuasaan Anti Litter di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2022, antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah sekitar Jalan Lazat, Happy Garden, Jalan Segambut dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati kebersihan di luar premis kurang memuaskan dan berdasarkan pemantauan tersebut, DBKL telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan kepada premis yang berkaitan.

Sebanyak 3 kompaun di bawah Seksyen 47 (1) (a), 4 kompaun di bawah Seksyen 47 (1) (d) dan 3 kompaun di bawah Seksyen 46 (1) (d) telah dikeluarkan atas kesalahan seperti menyalurkan air kotoran atau cecair kotoran di atas jalan awam yang menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan, membuang putung rokok atau sampah di atas siar kaki hadapan premis, meletak barang perniagaan di atas siar kaki awam dan menyebabkan halangan kepada kerja-kerja pembersihan, tidak memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan kawasan sekitar premis kotor dan tidak terurus.

Kesemua pemilik premis akur terhadap kompaun yang dikeluarkan dan tidak menyalahi peraturan terhadap tindakan undang-undang yang telah diambil seperti yang dinyatakan dalam terma atau kelulusan lesen perniagaannya.

Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan yang lain.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut