PERPADUAN MASYARAKAT SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Patriotisme)

Malaysia hari ini menonjol di persada dunia sebagai negara contoh apabila masyarakat etnik yang berbeza dapat hidup dalam kedamaian dan keharmonian serta bekerjasama demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Hubungan perpaduan ini mampu memperkukuhkan semangat patriotism dan kecintaan kepada negara.

Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan bahasa, Malaysia memang unik dalam membuktikan bagaimana kepelbagaian kita dapat disatukan dan dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

Di Pulau Pinang, semangat perpaduan dan kerjasama yang ditonjolkan sebahagian penduduk Pangsapuri Mutiara Heights, Jelutong, ketika bersama-sama memasang bendera Jalur Gemilang di sekitar kawasan perumahan wajar dipuji. Usaha itu diadakan sempena menyambut Bulan Kebangsaan yang membabitkan pemasangan kira-kira 1,000 Jalur Gemilang di sekitar perumahan itu sepanjang Ogos ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Mohd Arshad Abdul Rahman berkata, aktiviti memasang bendera Malaysia itu dilakukan sejak 9 Ogos 2022 membabitkan keseluruhan pagar di sekitar kawasan perumahan.

Setiap rakyat Malaysia harus didorong untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana akan mewujudkan suasana yang tepat dan menambah warna untuk meraikan Hari Kemerdekaan kita bersama dengan rasa bangga dan semangat patriotik.

 

Sumber rujukan:

Berita Harian

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …