DBKL DAN BERJAYA ENVIROPARKS JALIN KERJASAMA KE ARAH BANDARAYA KUALA LUMPUR LEBIH BERSIH

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bersama dengan pihak Berjaya Enviroparks Sdn Bhd (BEP) di dalam satu majlis yang telah diadakan di Perumahan Awam Sri Kota pada 9 Ogos 2022.

DBKL telah diwakili oleh YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan BEP telah diwakili oleh YBrs. En Zakaria bin Abdul Hamid, Pengerusi Berjaya Enviroparks Sdn Bhd. Melalui kerjasama ini, pihak BEP akan membantu dari segi pemberian insentif bagi program-program alam sekitar yang dijalankan oleh pihak DBKL seperti program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R).

Di dalam majlis yang sama YBhg Datuk Bandar telah merasmikan Kios 1C1R di PA Sri Kota. Kios ini merupakan kios ketiga selepas Kios 1C1R di PPR Seri Alam dan PPR Beringin. Objektif kios ini didirikan adalah untuk membudayakan dan meningkatkan kesedaran kepada komuniti berkenaan amalan kitar semula di rumah.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah YBrs Dr Umi Binti Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL dan YBhg Datuk Rizalman bin Dato’ Mokhtar, Pengurusi SWCorp.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …