‘38 PESERTA MUALAF FOKUS MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA SIRI-8’

KUALA LUMPUR – KIFA siri 8/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijri.

Kehadiran seramai 38 peserta mualaf termasuk para penghuni Kompleks Darul Hidayah berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Tn.Hj.Muhammad Fitri Abdullah, Naib Yang Dipertua PERKIM Kebangsaa dan Al Fadhil Ustaz Muhammad Jais Mariappan, Pegawai Dakwah PERKIM Wilayah Persekutuan amat berkesan dan sesi komunikasi secara 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia amat berguna kepada setiap para peserta.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.

Majlis penutupan ringkas diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kursus dan sesi bergambar bersama urusetia, fasilotator dan juga para peserta.

 

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut