GARIS PANDUAN PEMAKAIAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK (CRS)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Ketahanan Rakyat)

Terdapat pelbagai jenis Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) berada di pasaran tempatan. pemilihan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak yang sesuai dan tatacara pemakaian yang betul adalah amat penting bagi keberkesanan fungsi Kerusi Keselamatan Kanak-kanaktersebut untuk melindungi penumpang kanak-kanak semasa berlakunya perlanggaran.

Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135cm ke bawah diwajibkan menggunakan CRS mengikut tahap ketinggian dan berat berdasarkan Peraturan UN R44 atau R129. Penggunaan dan pemasangan perlu merujuk kepada manual CRS dan juga manual kereta.

Garis panduan penggunaan CRS adalah berdasarkan umur, ketinggian dan berat kanak-kanak yang menggunakannya. CRS hendaklah dipasang menghadap belakang (rear facing) bagi kanak-kanak sehingga berumur 2 tahun. Garis panduan penggunaan CRS yang lebih jelas boleh dirujuk melalui infografik dan pautan berikut:

Model CRS yang mempunyai kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya sehingga tahun 2020
Soalan-soalan lazim berhubung pemasangan CRS
Garis Panduan Penggunaan CRS

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut