HUBUNGAN DUA NEGARA: MALAYSIA DAN NEW ZEALAND

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri mengalu-alukan rakan sejawatnya dari New Zealand, PYT Nanaia Mahuta MP – Hauraki-Waikato sempena lawatan beliau ke Malaysia dari 6 hingga 9 Ogos 2022. Kedua-dua Menteri Luar Negeri telah berbincang mengenai pelbagai kerjasama dua hala, termasuk sektor perdagangan dan pelaburan yang merangkumi kerjasama dalam membangunkan industri halal. Di samping itu, kedua-dua pihak juga bersetuju meneroka peluang bagi menggiatkan kerjasama dalam bidang ekonomi digital, pengukuhan kerjasama dalam sektor pendidikan dan pemerkasaan masyarakat orang asli. Selain itu, kedua-dua Menteri juga telah mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau yang berkepentingan bersama.

Malaysia dan New Zealand komited untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan bersetuju untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada tahap Perkongsian Strategik. Perkongsian Strategik ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan New Zealand terutamanya dalam era pasca pandemik COVID-19.

Sumber rujukan:

Wisma Putra

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …