PASAR SEGAR TERKAWAL BANTU EKONOMI PENDUDUK

Pasar Segar Terkawal (PST) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka diadakan pada setiap minggu bagi membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berharap PST dapat direalisasikan dan dilaksanakan secara berterusan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Muhammad Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri berkata, PST dilihat mampu membantu pengguna berdepan krisis kenaikan harga barangan.

“Penganjuran sebelum ini menerima sambutan amat menggalakkan daripada pengguna dan berlangsung penuh meriah, ini menandakan ia perlu dilaksanakan berterusan. Dalam masa yang sama ia mampu mempromosikan produk penduduk kampung dan memperkasa aktiviti pertanian, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan.”

Perkara ini selaras dengan 9 Teras Nilai Keselamatan Negara yang merangkumi keutuhan ekonomi di mana melibatkan peranan rakyat Malaysia dalam memastikan kelangsungan ekonomi negara ini.

Sumber: Melaka Hari Ini

#DKNMy

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …