RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH UNIT POLIS PELANCONG BERBASIKAL IPD TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Polis Pelancong Berbasikal IPD Timur Laut telah membuat rondaan berkala bagi menjaga keselamatan pengunjung di tempat tumpuan orang ramai di dalam daerah Timur Laut.

Antara tempat yang ditetapkan untuk dibuat rondaan ialah di sekitar Padang Kota, Lebuh Armenian, Batu Feringghi, Persiaran Gurney dan lain-lain tempat tumpuan pengunjung.

Rondaan unit ini tertumpu pada hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Dengan kehadiran unit ini, pelancong dan orang ramai akan rasa selesa dan keselamatan mereka lebih terjamin sesuai dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan negeri Pulau Pinang sebuah negeri selamat didiami dan dilawati.

Sumber : IPD Daerah Timur Laut

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …