KAUNTER BERGERAK MOBILE JPJ NEGERI PULAU PINANG DAPAT SAMBUTAN POSITIF OLEH MASYARAKAT SETEMPAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah membuka Kaunter Bergerak Mobile sempena Program Suara Keluarga Malaysia dan Gegar Komuniti pada 7 Ogos 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Masyarakat, Sungai Acheh, Nibong Tebal Pulau Pinang.

Pelbagai perkhidmatan telah disediakan kepada komuniti setempat seperti berikut:
• Memperbaharui Lesen Memandu CDL;
• Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (roadtax);
• Pembayaran Saman (terkini); dan
• Perkhidmatan Pemeriksaan Motosikal Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh Melebihi 3 tahun.

Kaunter Bergerak ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir pada program tersebut. Mereka tidak melepaskan peluang mengguna perkhidmatan yang disediakan.

Sumber : FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …