LAGI GELANDANGAN DISELAMATKAN

KUALA LUMPUR – Pada 6 Ogos 2022 (Sabtu) bermula dari jam 11.00 malam hingga awal pagi Ahad seramai 49 orang Gelandangan di sekitar Kuala Lumpur diselamatkan menerusi Operasi Menyelamat Gelandangan Bil 3/2022 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diketuai oleh YBhg Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Agensi sahabat.

Tindakan itu diambil bagi memastikan golongan tersebut dapat menjalani kehidupan biasa dan dihantar ke Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana (Anjung Kelana). Menurut beliau, “Operasi menyelamat gelandangan yang diadakan secara berkala ini dilihat mampu membantu golongan itu untuk kembali ke landasan kehidupan normal selepas dibawa masuk ke pusat itu untuk menjalani pembentukan kemahiran.Latihan yang diberikan ini adalah sebagai persediaan untuk mereka berdikari sekiranya keluar daripada pusat ini kelak”.

Operasi bersepadu bersama agensi sahabat ini dilaksanakan selama 2 jam dan berjalan dengan lancar. Gelandangan yang diselamatkan telah menjalani saringan dokumentasi, Manakala yang berumur 60 tahun ke bawah dibawa ke Pusat Transformasi Gelandangan, Anjung Kelana,Anjung Singgah dan Pusat Serenti Bina Diri (PSBD) Sungai Buloh JKM.Terdapat juga Gelandangan yang didapati positif ujian air kencing (urine test) dan diambil tindakan oleh pihak AADK yang turut serta dalam operasi ini.

Turut serta dalam operasi ini ialah YBhg. Datuk Hj. Azmi Bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan YBhg. Dato Shaharuddin Bin Abu Sohot Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Operasi berakhir sekitar jam 2.30 pagi.

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut