LAWATAN RASMI PENGARAH EKSEKUTIF PROGRAM PENEMPATAN MANUSIA PBB (UN-HABITAT) BERSAMA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima kunjung hormat dari Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Dato’ Seri Paduka Maimunah Mohd Sharif dalam rangka lawatan rasmi beliau untuk melihat perkembangan terkini pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDGs) dan Agenda Perbandaran Baharu (NUA) di Malaysia pada 6 Ogos 2022 yang lalu.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Seri Paduka Maimunah telah mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar di Malaysia yang terkedepan dan aktif dalam pelaksanaan dan usaha-usaha ke arah kemampanan dan rendah karbon serta telah mendapat pengiktirafan juga dikenali pada peringkat antarabangsa. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur di atas komitmen yang ditunjukkan di dalam pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan (SDGs) 2030.

Datuk Bandar Kuala Lumpur telah melapangkan masa dan membawa Dato’ Seri Paduka Maimunah serta pegawai-pegawai kanan UN-Habitat di sekitar Kuala Lumpur menaiki EV Bus (Bas GoKL) untuk melihat usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam pelaksanaan projek-projek legasi World Urban Forum ke-9 iaitu projek laluan basikal (Blue Bicycle Lane) dan projek Perumahan Bandar serta pelaksanaan projek-projek SDGs. Hadir sama dalam lawatan ini YBrs. Tuan Kamaruzaman bin Umar, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Antara tempat-tempat yang telah dilawati adalah projek Neutral Carbon Growth Centre Wangsa Maju yang melibatkan projek di sepanjang Linear Park Sg.Bunus, pemasangan solar oleh AEON Wangsa Maju serta projek 1C1R di flat Seksyen 2 Wangsa Maju.

Dato’ Seri Paduka Maimunah juga telah dibawa ke projek Kebun Kejiranan Bandar di Perumahan Awam Sri Perlis 2 yang merupakan projek oleh komuniti tempatan dengan usahasama Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL). Dato’ Seri Paduka Maimunah juga telah melawat Perumahan Bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang merupakan salah satu projek legasi World Urban Forum ke-9 Kuala Lumpur.

Lawatan rasmi beliau berakhir di SDG Centre Kuala Lumpur yang merupakan pusat rujukan utama yang memaparkan usaha-usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masyarakat tempatan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Turut sama dalam sesi penutup di SDG Centre Kuala Lumpur adalah Pengarah Eksekutif (Perancangan), Datuk Sulaiman bin Mohamed.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT KHAS SIDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MEMBINCANGKAN SITUASI TEGANG DI TIMUR TENGAH

15 APRIL 2024 – Mesyuarat khas sidang MKN telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid …
Maklumat Lanjut

MPHTJ PERGIAT KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI KAWASAN TERJEJAS BANJIR

AYER KEROH – Kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan petang semalam sudah dijalankan syarikat konsensi pembersihan …
Maklumat Lanjut

PENCEGAHAN DAN KAWALAN COVID-19 SEMASA MUSIM PERAYAAN

Syawal yang diraikan biasanya melibatkan aktiviti ziarah menziarahi serta perjumpaan dengan ramai orang di tempat yang tertutup dan sesak. Oleh …
Maklumat Lanjut