PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMARAK BULAN KEBANGSAAN

KUALA LUMPUR – YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluangkan masa menghadiri Program Penanaman Pokok Semarak Bulan Kebangsaan yang telah diadakan di Kolam Takungan Intan Baiduri.

Sebanyak 160 pokok spesis hutan dan nadir telah ditanam di sekitar kawasan tersebut seperti Pokok Belinjau, Pokok Mentega, Pokok Jambu Bol Kandis, Pokok Rambai, Pokok Merbau dan Pokok Merawan. Pokok-pokok ini telah disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan dan DBKL sendiri.

Objektif program ini diadakan untuk meneruskan program penanaman 3 juta pokok yang telah berlangsung sebelum ini dan pada penganjuran kali ini ianya telah melibatkan komuniti setempat. Selain itu program ini juga merupakan salah satu langkah DBKL dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya rendah karbon pada tahun 2030 dan seterusnya bebas karbon pada tahun 2050.Program ini juga bertujuan untuk menceriakan bandar raya Kuala Lumpur dalam menyambut Hari Kebangsaan 2022.

Turut menghadiri program ini adalah YBhg Datuk Hj Azmi Bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, YBrs LAr Tuan Hj Zulkifli bin Endut, Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL, Kakitangan DBKL dan juga komuniti setempat.Program ini akan diadakan di kawasan-kawasan lain pada masa akan datang.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …