BENGKEL PENSIJILAN TEKNIKAL PASUKAN PENYELAM JABATAN ALAM SEKITAR ANJURAN BAHAGIAN PENILAIAN, JABATAN ALAM SEKITAR IBU PEJABAT

Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan Bengkel Pensijilan Teknikal Pasukan Penyelam Jabatan Alam Sekitar bertempat di Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) pada 3 – 5 Ogos 2022. Bengkel ini dilaksanakan melibatkan dua kategori pensijilan teknikal iaitu kategori Commercial Diving dan Underwater Photographer Diving.

Melalui pelaksanaan bengkel ini, JAS kini mempunyai 4 orang ahli pasukan penyelam JAS yang berjaya mendapatkan sijil Competent Commercial Scuba Diver (Inshore) dan 3 orang ahli pasukan penyelam JAS juga berjaya memperoleh pensijilan khusus bagi Underwater Photographer Diver.

Pelaksanaan bengkel seperti ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pasukan penyelam JAS yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan di dalam kawasan badan air terutamanya bagi menjalankan pemeriksaan syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dan pengambilan sampel sedimen badan air.

#kementerianalamsekitardanair

#jabatanalamsekitar

#alamsekitartanggungjawabbersama

Sumber : JABATAN ALAM SEKITAR

Artikel/Berita Terkini

ANCAMAN PERISIAN HASAD XCPE TERHADAP KESELAMATAN PERANTI PINTAR

Perisian hasad XCPE atau pintu belakang (backdoor) x.cpe merupakan antara ancaman siber paling berbahaya yang kini dilaporkan telah menjangkiti lebih …

MISTERI DI BALIK TABIR TIDUR: ANTARA MIMPI, PETANDA, DAN MITOS

Malam melabuhkan tirainya, dan ketika kelopak mata mula rapat, roh kita seolah-olah dibawa terbang ke satu alam yang asing namun …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …