JPJ PULAU PINANG MELAKSANAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP KENDERAAN PERDAGANGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang pada 3 Ogos 2022 melaporkan telah menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (2010) dengan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan seperti membawa muatan melebihi had dibenarkan, tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

Selain itu, penguatkuasa turut mengesan pelbagai kesalahan teknikal yang dilakukan oleh pengguna jalan raya seperti pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran, pemasangan cermin gelap tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi serta lain-lain kesalahan lalulintas.

Oleh itu, JPJ Negeri Pulau Pinang akan terus memperkasakan operasi penguatkuasaan secara berfokus dari semasa ke semasa supaya pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang telah berkuatkuasa.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …