PUTRAJAYA BERQIAMULLAIL SIRI 2

Kadangkala dalam kesibukan tugasan harian, kita kepenatan dan tercari-cari kekuatan. Maka Allah SWT memberikan jawapan bahawa dengan sifat sabar dan mengerjakan solat menjadi kunci kekuatan bagi orang mukmin.

Kami ingin mengundang anda semua merasai pengalaman berqiamullail di Masjid Putra, Putrajaya dalam Program Putrajaya Berqiamullail pada 13 Ogos 2022, Sabtu bermula jam 4.30 pagi. Insya-Allah, sekitar 2,000 orang jemaah dijangkakan hadir ke program Qiamullail yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

Ayuh kita imarahkan masjid bersama-sama ahli keluarga tercinta sempena cuti hujung minggu.

#QiamullailPerdana2022

 

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …