KEMPEN JOM BAYAR KOMPAUN DAN SAMAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2022

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022, Perbadanan Putrajaya memberikan tawaran bayaran kompaun dan saman seperti berikut:

Kadar Tawaran Semasa Kempen:

  • RM20 – Notis Kompaun
  • RM50 – Saman Mahkamah

Tempoh Kempen:

01 Ogos 2022 hingga 16 September 2022

Untuk semakan:

Melalui laman sesawang Perbadanan Putrajaya https://ppj.gov.my/ dan klik menu eRayuan Kompaun

Cara Pembayaran:

  • Melalui laman sesawang erayuan Perbadanan Putrajaya: https://ppj.gov.my/ dan klik menu eRayuan Kompaun (perlu daftar terlebih dahulu); atau
  • Kaunter bayaran di Pusat Khidmat Pelanggan Perbadanan pada waktu pejabat; atau
  • Pembayaran atas talian di Maybank2u, Cimbclicks, Bank Islam Online, Ambank Amonline seperti tatacara dibawah:-
  1. Daftar masuk
  2. Klik Pay & Transfer
  3. Klik Pay Bills/Pay To Payee
  4. Taip Perbadanan Putrajaya di ruangan To/New Payment
  5. Pilih Perbadanan Putrajaya Lain-Lain Bayaran atau Perbadanan Putrajaya Compound
  6. Masukkan rujukan seperti yang diperlukan
  7. Teruskan pembayaran seperti biasa

Tertaluk kepada terma dan syarat : Untuk kompaun/saman lalu lintas yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya SAHAJA)

SUMBER: PERBADANAN PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …