TAKLIMAT PENCEGAHAN JENAYAH ‘RETREAT’ KETUA POLIS PULAU PINANG DI DAERAH TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Taklimat Pencegahan Jenayah ‘Retreat’ Daerah Timur Laut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Takklimat telah disampaikan oleh  YDH ACP Soffian bin Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut.  YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang turut menghadiri program ini.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat setiap permasalahan seterusnya merancang dan merangka gerak kerja dalam usaha pencegahan jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang dalam ucapan beliau mengingatkan semua pegawai dan anggota supaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti.  Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai diharap dapat memahami intipati retreat yang dirancang supaya perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik.

 

Sumber : PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …