JPJ PULAU PINANG LAKSANA PENGUATKUASAAN BERFOKUS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Penguatkuasaan secara berfokus keatas kesalahan yang boleh menyumbang kemalangan disebabkan faktor kecuaian dan ketidakpatuhan undang-undang semasa memandu di jalan raya telah diadakan oleh Unit Peronda Bermotosikal ( UPB ) JPJ Negeri Pulau Pinang.

Antara kesalahan tertinggi yang dikesan sepanjang Ops berfokus ini dilaksanakan adalah penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah. Sebanyak 47 notis saman dikeluarkan ke atas kedua-dua kesalahan tersebut. Selain itu, 11 notis saman kerana tidak pakai tali pinggang keledar/ topi keledar, 4 notis saman kerana tiada lesen memandu dan 1 notis saman kerana potong barisan juga telah dikeluarkan.

Pengguna jalan raya adalah dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang-undang jalan raya untuk mengelak kemalangan disebabkan kecuaian dan ketidakpatuhan undang-undang.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …