OP TAPIS KHAS

PUTRAJAYA – Op Tapis Khas Se-Malaysia Bil. 5/2022 telah dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Putrajaya di sekitar daerah Putrajaya pada 27 hingga 29 Julai 2022. Operasi ini turut dibantu oleh anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Balai Polis Presint 7, Balai Polis Presint 11 serta Pasukan Polis Marin Putrajaya.

Sepanjang tempoh operasi ini dijalankan beberapa siri serbuan dan pemeriksaan telah dibuat terhadap alamat/premis berdasarkan maklumat yang diperolehi. Selain itu beberapa sekatan jalan raya juga telah didirikan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu & penumpang kenderaan yang disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah disamping dapat menguatkuasakan undang-undang bagi kesalahan lalulintas dan juga dapat mencegah sebarang aktiviti jenayah di kawasan Putrajaya.

Operasi ini berjaya membuat tangkapan seramai (14) orang lelaki Melayu dan (1) orang lelaki warganegara Thailand atas pelbagai kesalahan dadah dan masing-masing dituduh dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta tangkapan “Wanted Person”.

Beberapa jenis dadah turut dirampas di dalam operasi ini antaranya, Syabu – 1.69 gram, Ganja – 4.00 gram dan Air ketum – 10.10 liter. Sebanyak (26) saman trafik juga telah dikeluarkan oleh anggota BSPT ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalulintas.

Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung penyalahgunaan dadah dan air ketum serta mencegah kejadian jenayah.

 

SUMBER: IPD PUTRAJAYA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …