INSPEKTORAT PERKHIDMATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM DI WPKL

KUALA LUMPUR – SWCorp Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Inspektorat ke atas Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 1 Ogos 2022 sehingga 2 Ogos 2022.

Ia bertujuan bagi memastikan data inventori adalah data yang tepat di lapangan serta memastikan kualiti kerja pembersihan oleh Alam Flora Sdn Bhd Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan yang baik. Inspektorat ini telah diketuai oleh Seksyen Penguatkuasaan dan Kawal Selia Swcorp Wilayah Persekutuan.

Panel penilai terdiri daripada Pengurus Cawangan SWCorp Putrajaya, Pegawai Seksyen Teknikal, Pegawai Unit Kewangan dan Pegawai Khidmat Pelanggan SWCorp Wilayah Persekutuan. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil daripada pihak Konsesi Alam Flora Sdn Bhd dan juga anggota cawangan SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara lokasi yang telah dilawati sepanjang tempoh semakan inspektorat ini adalah seperti :

  1. Sekitar Taman Bukit Maluri
  2. Sekitar Jalan Dutamas
  3. Sekitar Lorong Raja Laut
  4. Sekitar Dataran Merdeka
  5. Sekitar Taman Bangsar
  6. Sekitar Taman Miharja
  7. Sekitar Taman OUG
  8. Sekitar Taman Sri Petaling

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …