ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2022 PERINGKAT PULAU – DUA SEKOLAH DI PULAU PINANG DIAUDIT PANEL PENILAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Satu lawatan dan pengauditan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Tay telah diadakan pada 2 Ogos 2022 oleh barisan panel penilai bersempena pertandingan Anugerah Sekolah Hijau 2022 Peringkat Pulau, Pulau Pinang.

Barisan panel penilai terdiri daripada pegawai-pegawai dari agensi Malaysian Nature Society Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh warga sekolah dalam memelihara alam sekitar melalui pelbagai aktiviti sangat menggalakkan. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua sekolah yang menyertai pertandingan tersebut.

Sumber : MBPP

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …