MERDEKA 2022: KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA!

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) selari dengan konsep keharmonian #KeluargaMalaysia.

Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Maksud Tema:

Keluarga Malaysia: merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Teguh: bermaksud kukuh, kuat dan erat

Bersama: bermaksud bersama-sama berserta atau berganding bahu.

Manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022, sila layari di laman web www.merdeka360.my.

 

SUMBER: JABATAN PERDANA MENTERI

Artikel/Berita Terkini

SELESAIKAN ISU KEPERLUAN RAKYAT MELALUI PELAKSANAAN PROJEK KECIL

BINCANG: Hajiji semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan. KOTA KINABALU: Sebahagian daripada isu keperluan rakyat yang dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri …

SABAH TERUS TUNTUT HAK 40 PERATUS HASIL PERSEKUTUAN

RASMI: Hajiji bersama pemimpin UPKO memotong kek ulang tahun UPKO pada majlis itu. PENAMPANG: Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak …

“TRULY TERENGGANU”

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu menyampaikan perutusan khas Kerajaan Negeri Terengganu memperkenalkan slogan dan …