TRIVIA KEMERDEKAAN: PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa hitam tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara (MPN). Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh MPN maka lahirlah Rukun Negara.

Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan menjadi pegangan, panduan serta amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara.

Rukun Negara adalah ideologi Kebangsaan Negara yang dibentuk untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau yang tua. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

Lima (5) prinsip Rukun Negara adalah:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan

Lima (5) prinsip ini haruslah dijadikan falsafah hidup bagi menjaga dan mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut