LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN UNTUK PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH DAN PEGAWAI PERHUBUNGAN MASJID

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Latihan Dalam Perkhidmatan untuk Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) telah diadakan pada 2 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Balai Polis Bayan Lepas. Taklimat ini telah disampaikan oleh YDH ACP Helmi Bin Aris, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) IPK Pulau Pinang.

LDP ini diadakan bagi menerangkan dengan lebih jelas peranan dan tanggungjawab sebagai PPS & PPM. Mereka yang dilantik sebagai PPS & PPM perlu sentiasa mengambil berat tentang lawatan ke sekolah dan masjid dari masa ke semasa. Seramai 75 pegawai PPS dan PPM yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah dari IPD Barat Daya telah terlibat dalam LDP ini.

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …