PENERIMA ANUGERAH TOKOH MA’AL HIJRAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1444H/2022M

Berikut merupakan senarai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M:

A.Tokoh Utama

Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz (69 tahun), merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2007-2011). Beliau masih bergiat aktif dalam pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan aktiviti kesukarelawanan di dalam dan luar negara. Beliau kini merupakan Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

B.Tokoh Ilmuwan

Dato’ Profesor Dr. Mohd Yakub@ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff (59 tahun), ialah Ketua Pusat Penyelidikan Al-Quran, Universiti Malaya dan merupakan pakar dalam bidang Tafsir al-Quran. Beliau telah mengasaskan penubuhan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ) serta memperkenalkan kaedah ekspres membaca al-Quran dengan teknik ABAHATA.

C.Tokoh Korporat

Tan Sri Dato’ Azman Hashim (83 tahun), merupakan bekas Pengerusi AmBank Group dan Pengerusi beberapa badan lain seperti The Asian Institute Of Chartered Bankers, Asian Banking School Sdn Bhd, Financial Industry Collective Outreach (Finco), Malaysia South-South Corporation Bhd dan Malaysia-Japan Economic Association. Beliau turut menyumbang dalam pembinaan tanah perkuburan Islam berkonsepkan kubur dalam taman iaitu Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2 dan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kg. Melayu Kepong.

D.Tokoh Pendakwah Mualaf

Encik Shah Kirit Kalkulal Govindji atau lebih dikenali dengan panggilan Bro Shah Kirit merupakan Presiden Global Unity Network atau UNITY iaitu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif mempromosikan idea ‘Perpaduan Melalui Pengetahuan’ serta menganjurkan pelbagai kursus dakwah bagi melahirkan ramai lagi pendakwah yang proaktif. Beliau aktif dalam menyampaikan dakwah terutama dalam kalangan bukan Islam menggunakan teknik perbandingan agama.

E.Tokoh Imam

Tuan Haji Mingu bin Matnoh (61 tahun), merupakan Imam di Masjid Kg. Sungai Bedaun Labuan. Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi masjid tersebut serta terlibat dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan seperti guru al-Quran, tarannum dan petugas pengurusan jenazah.

 

#MaalHijrah1444H

 

SUMBER: JABATAN AGAM ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut