JUALAN PRODUK TANI DI HPPNK 2022 HAMPIR RM0.5 JUTA

 

PASIR PUTIH – Exco Pertanian Negeri Kelantan, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail mengumumkan jumlah jualan keseluruhan di HPPNK 2022 hampir setengah juta, iaitu RM198,710 bagi usahawan tani floriculture dan RM273,223 bagi jualan Industri Asas Tani (IAT).
Program bertemakan, “Teknologi Tani: Sekuriti Makanan Masa Depan” berlangsung selama lima hari yang berakhir pada Isnin lalu, melibatkan pameran 44 agensi negeri dan persekutuan serta 11 gerai jualan produk floriculture dan 40 gerai IAT.
YB Tuan Saripudin bersyukur objektif utama penganjuran tercapai khasnya untuk memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada petani, nelayan, penternak yang menjadi penyumbang kepada sumber bekalan makanan negeri dan negara.
Katanya, penganjuran program itu juga mampu memberi tarikan kepada pelabur asing dan pihak yang berminat untuk melabur dalam sektor pertanian negeri dengan skala yang lebih besar melalui penerangan dan pameran jabatan serta agensi yang berkaitan.
“Golongan muda dan yang baru berjinak dalam sektor pertanian akan bermotivasi untuk menceburi bidang pertanian secara serius hasil penyampaian dan pengenalan penggunaan teknologi pertanian yang lebih cekap dan ekonomik kepada para pengunjung,” katanya ketika ditemui di Program Cakna Alam anjuran Telekom Malaysia Negeri Kelantan, di Dataran Al Barakah, Tasik Pauh, Khamis lepas.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …